Overall statistics

49351

Created Resumes

95

Published Jobs
Back to Job Lists

Eksekutif Pembangunan Dasar

Wanita Berdaya Selangor

MYR 2,700.00 - MYR 3,300.00

JOB DESCRIPTION

Pembangunan Dasar (50%)

  • Menyelaras Projek Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming – GM) Negeri Selangor Tahun Ketiga.
  • Berkerjasama dengan Pengurus Kanan dan rakan kongsi strategik seperti konsultan, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat.
  • Membantu menyediakan bahan pembentangan, pengisian dan tempat latihan projek Projek Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming – GM)
  • Menyediakan highlight dan laporan penuh Projek Pengarusperdaan Gender (Gender mainstreaming – GM) yang berkaitan.
  • Bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan seminar/forum/perbincangan meja bulat/konferens/ bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan dasar yang berkaitan dengan wanita dan keluarga.
  • Melaksanakan tugas-tugas penulisan dan penerbitan syarikat.
  • Memberikan bantuan pentadbiran dan dokumentasi serta lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan syarikat.

Penyelidikan (20%)

  • Menyediakan data dan statistik berkaitan pembangunan wanita dan keluarga di Selangor* 
  • Melaksanakan program penyelidikan (sedia ada dan baru) termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisaan maklumat berkaitan pembangunan wanita Negeri Selangor.
  • Menjalankan penyelidikan asas (desktop research) dan kaji selidik berkaitan pembangunan wanita di Negeri Selangor
  • Menyediakan highlight dan laporan penuh penyelidikan/dasar yang berkaitan dan memproses hasil penyelidikan untuk penerbitan dan diseminasi Media & Komunikasi (20%)
  • Membantu dan menyokong menyampaikan mesej berkaitan dasar dan penyelidikan yang dilakukan oleh WBS (contoh media cetak, media online, TV, radio, majalah dll)
  • Menyokong pasukan dalam membangunkan strategi dan kandungan media sosial bagi penyelidikan dan dasar WBS

Lain-Lain (10%)

  • Menyokong dan membantu tugas-tugas jabatan yang bersifat ad-hoc sekiranya perlu.
  • Memastikan tanggungjawab sebagai kakitangan WBS dilaksanakan bersama-sama.
  • Melaksanakan tanggungjawab atau arahan yang releven dengan misi WBS KOMPETENSI YANG DIPERLUKAN.
  • Mahir menggunakan peralatan dan perisian penganalisaan dengan betul dan tepat dalam kerja-kerja penyelidikan.
  • Kemahiran melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan dasar yang baik.
  • Mempunyai bakat penulisan dan komunikasi yang baik merentasi pelbagai agensi dan pemegang taruh.
  • Pengetahuan mengenai kerja-kerja kajian penyelidikan dan pembangunan dasar khususnya berkaitan wanita dan keluarga Selangor.
  • Minat yang mendalam tentang penyelidikan dan pembangunan dasar berkenaan wanita dan keluarga di Selangor.


JOB REQUIREMENT

  • Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya (keutamaan diberikan dalam bidang Sains Sosial, Pengajian Gender, Ekonomi atau Pengurusan Dasar Awam).
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.

Wanita Berdaya Selangor

Similar jobs from Wanita Berdaya Selangor

Eksekutif Muda Bakat & Alumni

Training & Development
MYR 2,200.00 - MYR 3,000.00
Full-time

Eksekutif Pembangunan Dasar

Training & Development
MYR 2,700.00 - MYR 3,300.00
Full-time